KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menafikan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau, berhubung rombakan kabinet baru-baru ini.
Fahmi berkata beliau sendiri, serta pejabat dan kakitangannya, tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu, malah suruhanjaya itu bebas untuk membuat apa-apa tindakan tanpa perlu merujuk beliau.
"Saya hanya mahu jelaskan bahawa MCMC menerima laporan dari sesiapa sahaja, orang awam, saya belum berbincang dengan MCMC mengenai perkara tersebut, tetapi secara amnya MCMC tidak merujuk kepada saya sebelum mengambil tindakan, mereka bebas untuk ambil tindakan. Jadi kadang-kadang mungkin orang awam yang melaporkannya.
"Saya tidak terkesan dengan hantaran ini, saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada MCMC berhubung isu tersebut, jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun," katanya mengulas laporan sebuah portal yang menyatakan kerajaan didakwa melapor kepada platform X, untuk meminta hantaran yang mengecam seorang menteri diturunkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Setem Khas Palestin Merdeka oleh Pos Malaysia.
Fahmi berkata ketika ini, kementeriannya lebih memfokuskan kepada isu yang lebih penting, antaranya berkaitan membanteras perjudian haram secara dalam talian, berita palsu serta isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Tegasnya, disebabkan itu, perkara berkenaan sama sekali tidak menjejaskan tumpuannya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan Google minggu hadapan untuk membincangkan isu berhubung kandungan lucah, yang boleh diakses menerusi laman penstriman YouTube, memandangkan beliau dapat banyak laporan berkaitan perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada pelancaran Setem Khas Merdeka Palestin oleh Pos Malaysia, hari ini. - Foto Bernama
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Fahmi muncul dalam episod pertama 'Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia' esok - JaPen
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan muncul dalam episod pertama program bual bicara terbitan JaPen, 'Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia'.
Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas
Jemaah menteri juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak cuba untuk menghasut rakyat membuat tindakan yang melanggar undang-undang.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Kandungan media sosial dibuang kerana promosi jualan haram, penipuan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzilmenafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial, kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.
Fahmi nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau
Menteri Komunikasi menafikan telah membuat laporan kepada MCMC untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau.
Belia Kota Belud bukti kemampuan anjur acara tarikan ramai
Belia di Kota Belud berjaya membuktikan golongan muda di luar bandar juga mampu menganjurkan acara besar yang berupaya menarik minat semua.